Monday, September 9, 2013

GKKnK INFO - KAEDAH MENYEMAK SAMAN





KAEDAH MENYEMAK SAMAN

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi menyemak sama ada mereka mempunyai saman ataupun tidak.

      i.   Melalui SMS 15888 / SMS 32728

            Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip  
            POLIS SAMAN 
            NO KAD PENGENALAN> atau NO KENDERAAN> dan hantar ke15888 / 32728

            Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke 15888 / 32728

            * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20 

    ii.    Melalui Internet

            Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut :-

            > MyEG Services - www.myeg.com.my           
> RILEK e-Services - www.rilek.com.my

            * Semua semakan saman tidak dikenakan sebarang caj oleh pihak pembekal perkhidmatan.

    iii.    Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di :-

            > Semua Ibu Pejabat Polis Daerah
            > Kaunter JPJ yang terpilih
            > Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah yang terpilih.

0 comments: